Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

Jom Belajar Tentang Pepatah

Hai semua...berjumpa lagi kita. Kali ni admin nak citer sikit pasal pepatah. Tahu tak apa itu pepatah? Takpe..takpe..admin terangkan sikit. Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang digunakan untuk menyampaikan nasihat dan teguran dengan kata-kata yang tidak menyakitkan hati dan mendalam maksudnya.

Dah..dah..dah..Jom kita belajar beberapa pepatah yang ada ni..








Sampai di sini dahulu. Jumpa lagi...
Share:

Oh My English

Oh My English!! Baca tajuk je, dah mula rasa seram sejukkan.. Sebenarnya takde apa la kan..kali ni admin kongsikan bahan English yang mudah sahaja untuk mantapkan bahasa kita. 





















Mudah je kan, hehe..
Diharapkan bahan yang dikongsikan ini menjadi bahan yang bermanfaat untuk semua.
TQ 😘
Share:

Tahukah Anda Keistimewaan Ikan Belacak?


Ikan belacak ialah sejenis ikan yang boleh hidup di darat dan juga di dalam air. Kebiasan habitat ikan belacak adalah di Kawasan berlumpur dan paya bakau. Ikan belacak akankembali ke dalam air bagi mengisi air di dalam ruangan insangnya. Ikan belacak bernafas melalui membrane yang terdapat di belakang mulut dan tekak, melalui kulit serta melalui insangnya.
Ikan belacak mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seperti sepasang tangan dan amat berguna untuk bergerak di Kawasan berlumpur. Manakala sirip pelvisnya berfungsi seperti penyedut dan digunakan ketka memanjat.
Ikan belacak sentiasa membasahkan badan mereka dengan air bagi memastikan kulit mereka sentiasa lembap. Dengan cara inilah ikan belacak boleh bernafas di darat.

Share:

Tahukah Anda Keistimewaan Ikan Lumba-lumba?


Ikan lumba-lumba atau dolphin boleh mengesan apa-apa objek yang berada dekat mahupun jauh. Ikan lumba-lumba dapat menghantar gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dari organ yang terdapat di dalam kepalanya. Bunyi ini akan melanggar objek dan akan melantun semula ke kepala ikan lumba-lumba.
Bunyi yang kembali kepada ikan lumba-lumba ini dipanggil gema. Arah dan tempoh masa yang diambil untuk gema itu kembali bergantung kepada jarak objek tersebut. Dengan kaedah ini, ikan lumba-lumba dapat mengetahui apa-apa yang berada di sekelilingnya. Saintis menamakan system ini sebagai ekolokasi atau biosonar. Kaedah ini digunakan oleh ikan lumba-lumba untuk memburu mangsa, mengesan pemangsa dan juga mengesan bencana.

Share:

Tahukah Anda Kegunaan Kaki Kepada Haiwan?


Kebanyakan haiwan mempunyai kaki yang sesuai dengan tabiat hidup dan persekitaran mereka. Kaki haiwan ini mempunya fungsi yang sesuai dengan tabiat hidup dan gaya pemakanan mereka. Kaki burung unta sangat berguna kepadanya untuk melarikan diri daripada musuh. Burung helang pula menggunakan kakinya untuk menerkam dan menangkap mangsa.
Manakala itik,angsa dan swan menjadikan kakinya sebagai dayung semasa berenang di dalam air. Tahukah anda kaki cicak mempunyai sejenis penyedut pada tapak kakinya. Dengan penyedut inilah membolehkan cicak memanjat dan bergerak dengan mudah dalam pelbagai permukaan termasuklah semasa di permukaan yang licin seperti kaca. Pada tapak kaki kucing , harimau dan singa pula terdapat satu lapisan lembut yang memudahkan haiwan-haiwan ini untuk duduk dan bergerak secara senyap tanpa disedari bagi memburu mangsanya.

Share:

Tahukah Anda Kenapa Penyu Menangis?


Penyu laut mempunyai kelenjar lakrima dengan pembukaan pada dasar mata. Kelenjar air mata (lakrima) berfungsi menghasilkan air mata untuk membasahi mata yang berguna menjaga kelembapan mata, membersihkan mata dari debu dan membunuh bibit penyakit yang masuk ke dalam mata.Bagi penyu pula kelenjar ini merembeskan lebihan garam daripada badan penyu melalui air mata. Cecair atau air mata yang keluar itu mengandungi garam yang terkumpul dalam badan penyu kerana penyu memakan rumpai laut dan juga meminum air laut.
Pengeluaran air mata ini membantu buah pinggang penyu berfungsi dengan baik. Air mata penyu ini kebiasaannya mengalir terus-menerus walaupun ketika berada di dalam air. Semasa di daratan, air mataini juga membantu penyu membersihkan mata daripada pasir.

Share:

Tahukah Anda Fungsi Ekor Bagi Haiwan?


Ekor yang terdapat bagi setiap haiwan sebenarnya mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri dan berbeza mengikut jenis haiwan. Bagi burung, ekornya berfungsi untuk keseimbangan, mengawal penerbangannya dan berhenti apabila hinggap di sesuatu tempat. Ekor yang berwarna-warni bagi sesetengah burung seperti burung merak berguna untuk memikat pasangannya.
Ekor cicak pula berguna untuk mengelirukan musuh. Apabila musuh berjaya menangkap ekornya, cicak akan segera memutuskan ekornya dan melarikan diri. Ekor cicak akan kembali tumbuh selepas itu.
Manakala bagi lembu dan kuda pula, ekornya digunakan untuk menampar dan menghalau lalat ketika meragut rumput. Ikan pula menggunakan ekornya untuk berenang dan bergerak ke hadapan.

Share:

Tahukah Anda Simbiosis Antara Dua Haiwan?


Simbiosis dapatlah diertikan sebagai perkaitan hidup antara dua spesies yang berlainan. Sesetengah jenis burung dan mamalia saling memerlukan untuk meneruskan kehidupan. Contohnya badak sumbu dan burung-burung pematuk.
Burung-burung pematuk itu akan memakan parasit seperti pepijat dan kutu yang hinggap pada badan badak sumbu. Ini bukan sahaja mengenyangkan burung-burung tersebut tetapi dapat melindungi badak sumbu daripada serangan dan gigitan parasit tersebut.
Hal yang sama juga berlaku kepada buaya. Burung kedidi akan bergerak keluar masuk ke dalam mulut buaya untuk memakan parasite yang terdapat di dalam mulut buaya.

Share:

Tahukah Anda Tentang Kuda Laut?


Kuda Laut mempunyai tabiat pembiakan yang agak istimewa. Pada awal proses pembiakan, kuda laut jantan akan menari-nari di sekeliling kuda laut betina bagi menarik perhatiannya. Jika kuda laut betina itu tertarik , maka kedua-duanya akan berenang bersama-sama dengan melaga-lagakan perut mereka.
Setelah itu, kuda laut betina akan memasukkan organ pembiakannya ke dalam kantung pengeraman kuda laut jantan. Kuda laut betina akan memancutkan semua telur pembiakan ke dalam kantung kuda laut jantan tersebut. Setelah itu, kantung kuda laut jantan akan tertutup.
Proses pengeraman itu mengambil masa antara sebulan setengah hingga ke dua bulan. Apabila tiba masanya, telur-telur itu akan menetas dan anak-anak kuda laut akan keluar. Biasanya sebanyak 30 ekor akan menetas dalam satu-satu masa. Proses kelahiran ini mengambil masa beberapa hari. Seekor kuda laut mampu melahirkan 250 hingga 600 ekor anak bergantung kepada spesiesnya.

Share:

Mantapkan Sifir Anda!!!

Masa ini, Matematik dianggap sebagai satu subjek "killer" dalam arena pendidikan. Sebagai guru matematik, kadangkala admin rasa tertekan dengan kata-kata sedemikian rupa..walhal, bukannya ada apa pun kan..Jadi, admin anggap ini sebagai satu cabaran bagaimana hendak menaikkan lagi peratus lulus Matematik dalam setiap ujian sekaligus akan mengharumkan nama SKDA. Walaupun, admin bukanlah guru yang terbaik, tapi tak salah kalau kita mencubakan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Salah satu usaha guru dan murid di SKDA ialah dengan memahami konsep dalam sifir. Memahami konsep sememangnya amat penting dalam Matematik bagi memastikan murid akan sentiasa ingat dan boleh mengaplikasikannya dalam apa jua soalan yang dihadapi. Harapannya macam tu la 😃😃😃
Bagi menyokong hasrat ini, admin akan sertakan sifir  bermula dari sifir 1 hinggalah sifir 12. Check it out...


































Admin harap agar sifir ini akan memberi manfaat untuk semua. 
Tq 😘
Share:

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts