Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Guru oh guru.. 3 in 1

Jika melihat pada tajuk, suda tentu pembaca terbayangkan minuman 3 in 1 yang sedap tu kan.. Tapi, kali ini admin bukanlah hendak membincangkan minuman 3 in 1 yang itu. Pembaca janganlah pulak rasa nak menangis sebab tertipu ye..

Bukanlah admin hendak mencari publisiti murahan,hehe.. Maksud 3 in 1 di sini adalah, ada tiga aktiviti yang dijalankan dalam sehari iaitu pada hari Jumaat, 9 Februari 2018.

Tepat pada pukul 8 pagi, murid-murid tahun 3 hingga 6 telah terlibat dengan Larian Merentas Desa Peringkat SKDA 2018. Sepanjang larian merentas desa ini, murid-murid SKDA telah diawasi sepenuhnya oleh pihak polis Gemencheh. Terima kasih pada abang polis yang telah menghulurkan bantuan. Pn Russita binti Latip, selaku Guru Besar SKDA telah melepaskan murid-murid dengan mengibarkan bendera SKDA. Syukur kepada Allah kerana tiada perkara buruk berlaku sepanjang aktiviti ini dijalankan.











































Sementara murid tahun 3 hingga 6 menamatkan larian mereka, murid tahun 1 dan 2 juga tidak dibiarkan begitu sahaja. Masa mereka telah diisi dengan mendengar Taklimat I'm Free daripada Pn A. Bhavani iaitu Guru Kaunseling SKDA. Selepas mendengar taklimat, murid-murid juga telah menjawab kuiz tentang I'M Free dan mengikuti pertandingan mewarna.  I'm Free adalah satu program untk memberi pendedahan kepada murid-murid seawal darjah satu tentang bahaya merokok kepada kesihatan. 





























Aktiviti yang ketiga iaitu Program Tunas Nadi Ilmu Prasekolah 2018. Dalam program ini, ibubapa murid prasekolah telah didedahkan cara mengajar anak supaya murid cepat membaca. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Azman bin Aziz selaku Guru Pemulihan SKDA. Selain itu, ibubapa juga telah didedahkan tentang Nilam Tambah Baik dimana murid prasekolah akan terlibat sepenuhnya dalam program Nilam 2018. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Marlina binti Majih, Guru Penyelaras Media SKDA.














Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti ini, diharapkan agar SKDA akan lebih sukses lagi pada masa hadapan. Sesuai dengan motto SKDA iaitu, Maju Terus Maju..



Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts