Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Kursus Kepimpinan 2018

Jika sebelah pagi tadi diadakan Kursus Pendek VLE Frog ( rujuk artikel sebelum ini), maka pada sebelah petangnya diadakan pula Kursus Kepimpinan . Kursus Kepimpinan ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pustakawan, Ketua dan Penolong Kelas, Pengerusi Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform.

Kursus Kepimpinan kali ini disampaikan oleh Cikgu Azmi bin Che Lah iaitu Kauselor daripada SMK Bukit Rokan. Para pemimpin sekolah ini kelihatan sungguh teruja menghadiri kursus kepimpinan ini. Semoga dengan adanya kursus sebegini, maka para pelajar akan dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terutamanya buat Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah, Guru Penyelaras Badan Pengawas, Guru Penyelaras Pustakawan, Guru Kelas dan semua yang tidak dinyatakan di sini.

Terima kasih Cikgu Norazmi bin Che Lah. Cenderahati disampaikan oleh Puan Sharifah binti Omar, Guru Penolong Kanan HEM SKDA.

Ustaz Badrustamam kusyuk membaca doa.



Cikgu MAskuri selaku Tuan Pengacara Majlis

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts