Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

Halloooo..Lama admin tak bersiarankan.. mesti ada yang rindu. Kalau tak rindu pun,alah buat-buat rindulah kat admin ni..bagi senang hati sikit..heee.. Ok you all..admin
sebenarnya biziiiii manjang..maklumlah, guru ber'dedi'kasi katakan..walaupun sebenarnya mamy tak kasi sangat..hehe.. Baiklah..kita terus pada yang admin nak sampaikan. Pagi tadi, sekolah telah melancarkan satu program di bawah kendalian PSS iaitu Pelancaran KM1M.
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) ini merupakan satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Ia bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Pada tahun ini, KM1M akan mula dilaksanakan pada 3 hingga 5 April 2018 dengan tema Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari.

Soooo.... Majlis Perasmian KM1M ini telah berjaya dilaksanakan pada 2 April 2018 dan telah dirasmikan oleh Pn Russita binti Latip, Guru Besar SKDA. Pelbagai program telah dirancang sepanjang minggu KM1M ini. Walaupun tarikh sebenarnya adalah pada 3hb April, tetapi SKDA telah melaksanakannya sehari lebih awal.. nampak tak, betapa
semangatnya sekolah kitorang ni, haha..
Berikut merupakan kenangan yang sempat dirakam sepanjang majlis perasmian.. jangan cari admin tau, admin sekarang ni tak sesuai masuk gambar, nanti ada yang pengsan..huhu































Diharapkan agar program seumpama ini akan menambah lagi minat murid untuk membaca seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid. Begitu la kan..jangan je tinggal harapan 😜

Ok you all..enjoy the moment!!
Tq 😘
Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts