Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Rezeki BERGANDA SKDA!!! Bercerita dan Berbicara Irama

Kegembiraan berganda buat warga SKDA..
waaa, mahalnya kata-kata ni kan,hehe..
Actually, Panitia BM telah menghantar beberapa orang murid mewakili SKDA untuk menyertai beberapa pertandingan. Antara pertandingan yang telah disertai ialah Pertandingan Bercerita Tahap 1, Pertandingan Bercerita Tahap 2 dan Bicara Berirama. 
Kesemua pertandingan ini telah dijalankan pada 5 April 2018 bertempat SK Jelai 3. 
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
1. Adik Nur Iman Sofea bt Ahmad   Pertandingan Bercerita Tahap 2 - Naib Johan

2. Adik Muhammad Hakeem Asyraf bin Syarul Ambia 
Pertandingan Bercerita Tahap 1 - Penyertaan

3. Bicara Berirama - Tempat Ketiga

4. Adik Sofea Humairah bt Hafiszal - Konduktor Terbaik

Untuk makluman, adik Nur Iman Sofea akan mewakili daerah Tampin untuk ke peringkat negeri. Didoakan agar adik Nur Iman Sofea akan membawa kemenangan buat kita, aamiin..











Syabas dan tahniah diucapkan buat peserta, jurulatih, guru-guru dan team panitia Bahasa Melayu 2018. Semoga SKDA akan terus sukses pada masa akan datang..
Buat adik Muhammad Hakeem Asyraf, cuba lagi pada pertandingan yang akan datang. Walaupun hanya sekadar penyertaan, tetapi dia telah menang di hati warga SKDA..cia cia cia.. Dari raut wajahnya, tiada langsung tanda kesedihan. Tak apa lah, mungkin dia belum faham maksud pertandingan,hehe..
Ok la..itu sahaja coretan admin buat korang..enjoy it..
Tq 😘




Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts